# Futur
Posted on Thursday, December 12, 2013, 12:49 AM, Comment [0]


Lemahkah kau?
Baru dijentik sudah rebah
Baru diusik sudah lelah
Baru ditolak sudah mengalah
Baru digertak sudah menggelabah

Sangat payah
Untuk bangun dengan cepat
Untuk kembali kuat
Untuk menjadi sang hebat

Begitu mudah kau jatuh tersungkur
Segala tomahan kau tabur
Betapa peritnya
Saat diri futur

Lupakah kau ?
Pesanan firman abadi
Bahawa Dia sentiasa di sisi
Buat mereka yang sabar menanti

Lupakah kau ?
Di dalam kitab agung nan suci
Orang yang beriman pasti diuji
Disentak, diasak iman di hati

Seorang qowiy tidak akan mudah kalah
Tidak terkurung dalam tempurung jahiliyah
Bersedia disuap dengan tarbiyah
Diri dicas dengan tazkirah

Jangan mengalah

Kerana kau diperlukan oleh ummah

--------------------------------------------------------------------

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar."
[ Al-Baqarah, 2:155]

Navigates


Majesty|Alien|Post|Follow


Holla!

Assalamualaikum :) Hanya penulisan seorang pelajar Sehebat. Bakal bernikah dengan SPM. InsyaAllah

harsh word ? Try or Die


Sing A Song




Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine